TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN

Bagi melindungi kedua-dua belah pihak iaitu Pelanggan dan Perniagaan kami .
Kami Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) NZ SILVER ENTERPRISE  (MA0171XXX-V)

TERMA DAN SYARAT berikut haruslah di patuhi sebagai panduan para pelanggan semua. Sekiranya anda membuat pesanan barang dari nizam.com.my , ini bermakna anda telah bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Selamat membeli-belah dan semoga urusan jual beli ini dipermudahkan dan mendapat rahmat dariNya..

1. Urusniaga di portal ini hanya untuk pembeli yang serius untuk membeli sahaja (ONLY FOR SERIUS BUYER). BOOKING tidak dibenarkan melebihi 24 jam.
 
2. PASTIKAN anda merancang pembayaran selepas membuat pesanan.
 
3. Pelanggan yang gagal memberikan bukti pembayaran dalam tempoh 24 jam selepas membuat pesanan, PESANANNYA AKAN DIBATALKAN. Sekiranya anda berhadapan masalah/kesulitan untuk membuat pembayaran, sila maklumkan kepada admin melalui emel atau sms untuk pertimbangan. Selalunya pihak kami amat bertimbang rasa dengan masalah/kesulitan para pelanggan.
 
4. Pelanggan mestilah membayar berdasarkan harga yang telah dipamerkan di dalam WEB sesawang ini beserta KOS PENGHANTARAN .
 
5. Pelanggan haruslah mengisi borang dengan maklumat yang betul dan telus. Sekiranya anda melakukan SPAM dengan mengisi borang pesanan tanpa mengisi maklumat anda yang betul, kami akan blok ip anda dari melayari portal ini di masa akan datang.
 
6. Kos Penghantaran adalah bergantung kepada berat produk yang dipesan dan (pelanggan boleh membuat pengiraan kos penghantaran di Pos Laju Malaysia mengikut berat barang yang dipesan)  dan isi semua maklumat anda seperti nama penuh, alamat rumah, emel dan no telefon. Kemudian ikut arahan seterusnya sehingga anda klik butang "HANTAR PESANAN".
 
7. Sebarang kelewatan akibat kecemasan akan dimaklumkan kepada pelanggan melalui emel/wapp.
 
8. Invois pesanan akan dihantar kepada emel pelanggan secara automatik dan pelanggan boleh merujuk harga bayaran di dalam invois tersebut dan mencetaknya sendiri (jika perlu).
 
9. Produk yang dibeli tidak boleh di pulang semula kecuali terdapat kerosakan pada produk tersebut. Sekiranya terdapat kerosakan, pelanggan haruslah mengambil gambar kerosakan tersebut dan sms/emelkan @ WhatsApp kepada kami dalam masa 3 hari selepas terima barang tersebut untuk memastikan yang kerosakan bukanlah dari kecuaian pelanggan sendiri. Produk yang rosak juga perlu dipulangkan dalam masa 7 hari selepas pelanggan menerimanya. Selepas 7 hari tiada lagi pemulangan produk yang rosak boleh dilakukan.
 
10. Pihak Kami menggunakan Khidmat Pos Laju dan mengambil masa dari 1-7hari bekerja untuk sampai bagi Semenanjung Malaysia . PASTIKAN alamat penghantaran yang anda masukkan semasa membuat pesanan, "ada orang" yang akan mengambil pesanan tersebut. Jika tidak, anda perlu mengambil pesanan anda di pusat Pos Laju yang berdekatan dengan tempat/ bandar anda. Sekiranya parcel anda tidak diambil dalam masa 14 hari di pusat, parcel anda akan dipulangkan semula kepada kami. JIKA INI BERLAKU, anda MESTI membayar lagi kos penghantaran semula kepada pihak kami untuk kami pos semula pesanan anda.
 
11. Pelanggan haruslah menghantar email @ hubungi  kepada pihak admin nzsilverenterprise@gmail.com dan      WhatsApp :- 011-14235887
 setelah menerima penghantaran, sekiranya tidak, selepas 7 hari bekerja , kami menganggap pelanggan sudah pun mendapat produk tersebut.

PERINGATAN PENTING!

SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI SEKIRANYA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG KEMUSYKILAN ATAU KERAGUAN MENGENAI  PRODUK KAMI.
Sekian terima kasih.

NZ SILVER ENTERPRISE
sila hubungi @ wasap.my/60133950771
(waktu urusan 12.00am - 12.00pm)
Emel: nzsilverenterprise@gmail.com